PINTAR

PORTAL PINTAR (i-Pintar) merupakan Perbendaharaan Bangsa yang mengumpulkan khazanah kearifan tempatan masyarakat Malaysia yang meliputi pelbagai bidang mengikut pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC), iaitu Karya Umum, Falsafah & Psikologi, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Tulen, Teknologi & Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan dan Geografi/Sejarah.    i-Pintar mengelompokkan ilmu dan maklumat yang terakam dalam bentuk imej, kertas kerja, bahan penerbitan dan lain-lain kepada kelompok Kesenian dan Warisan, Flora dan Fauna, Sajian dan juga Taknologi. Bahan yang berkait langsung dengan Warisan dan Kesenian (seperti tarian dan muzik tradisional, kraftangan, senibina/ukiran, busana, adat istiadat) akan dikelompokkan dalam kumpulan Warisan dan Kesenian, Flora dan Fauna dikelompokkan dalam kumpulan  Flora dan Fauna, bahan yang berkaitan dengan makanan dan hidangan akan dikelompokkan dalam Sajian manakala bahan yang berkaitan dengan pertanian dan perubatan dimasukkan dalam kumpulan Teknologi.

Perternakan Lebah Kelulut di Desa Lestari, Ulu Legong, Baling, Kedah

 

Herba, perubatan tradisional

 

 

 

Kearifan Tempatan ditakrifkan sebagai kebijakan setempat (local wisdom), pengetahuan setempat (local knowledge) atau kecerdasan setempat (local genius). Kearifan tempatan juga dapat difahami sebagai sebuah pemikiran tentang hidup, yang mana dapat diterjemahkan sebagai karya akal budi, perasaan mendalam, bentuk perangai, tabiat dan kemuliaan manusia setempat yang merupakan keperibadian budaya bangsa yang dimiliki oleh entik tertentu.

Aktiviti Mengoca

 

Mengoca Tradisi Unik Yang Menyeronokan

Mengoca membawa maksud aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan dan selalunya tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam. Kebiasaannya, aktiviti "mengoca" ini diadakan selepas musim menuai padi yang mana ketika itu kebanyakan sungai, tali air atau empangan mula dikeringkan.

Sekiranya paras air sungai atau kolam didapati dalam, peserta akan menggunakan pelbagai peralatan menangkap ikan seperti tangguk atau jala.

 

 

Kearifan Tempatan - Gula Kabung, Kampung Peruang, Benta, Lipis, Pahang.

 

Sebarang pertanyaan sila salurkan kepada Urus Setia i-Pintar.

Tel:  03 - 2147 9388

Emel: ipintar@dbp.gov.my

 

 


JUMLAH PENGUNJUNG
Hari Ini 3
Semalam 2
Minggu Ini 6
Minggu Lepas 15
Bulan Ini 44
Bulan Lepas 103
Keseluruhan 913