Buku  |  Majalah / Jurnal  |  Makalah  |  Akhbar  |  Kertas Kerja  |  Hasil Penyelidikan  |  Karyawan  |  Galeri (Imej)  |  Galeri (AV)
BilTajukKategori BahanKeterangan
   
    
Data pager
Data pager
123
Page size:
PageSizeComboBox
select
 Paparan Halaman 1 daripada 3, Rekod 1 Hingga 10 daripada 25.
1 Sarang Burung Merbah Galeri (Imej)Burung Merbah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus jocosus.
2 Sarang Burung Tempua Galeri (Imej)Burung Tempua (bahasa Inggeris: Weaver) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya membina sarang yang besar dan dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung Tempua mempunyai keupayaan luar biasa menganyam sarangnya. Sarangnya mempunyai struktur besar yang boleh dimasuki, dianyam daripada rumput dan ranting yang tergantung pada dahan pokok. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung pada dahan pokok (terutamanya pada pelepah kelapa).
3 Lebah Kelulut Galeri (Imej)LebahKelulut nama saintifiknya Meliponini dari kumpulan Apidae ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti Lebah Madu. Dianggarkan hampir 500 spesis Kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara, dan kawasan Tropika Amerika. Madu Kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan Madu Lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Rasanya agak masam sedikit berbanding Madu Lebah.
4 Sarang Lebah Kelulut Galeri (Imej)Lebah Kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah peninggalan sarang tikus atau sebagainya.
5 Buah Perah Galeri (Imej)Sejenis buah hutan, boleh dimakan dengan cara dibuat gulai asam aserong atau direbus.
6 Buah Putat Galeri (Imej)Buah Putat yang muda dipotong/dihiris kecil boleh dijadikan ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam dipercayai dapat melancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Buah Putat juga boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah gatal-gatal pada kuli. Buah Putat yang dihancut/dilumatkan pula apabila ditampalkan pada muka mampu menjadikan kulit muka licin dan lembut.
7 Pokok Putat (Barringtonia spp) Galeri (Imej)Pokok Putat adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceace yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Pokok Putat sering dikaitkan dengan "Pucuk Putat" yang dijadikan sebagai ulam dimakan bersama nasi. Terdapat 6 jenis pokok putat di negara kita tetapi yang popular ialah jenis Putat Kampong (Brringtonia recemosa) dan Putat Laut (Barringtonia asiatica).
8 Batang dan Dahan Pokok Putat Galeri (Imej)Kulit pokok putat sekiranya dibakar dan disedut melalui hidung juga dipercayai dapat menyembuhkan masalah resdung. Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Perlis, Kedah dan Perak.
9 Buah Putat (1) Galeri (Imej)Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.
10 Buah Jering (Pithecellobium Jiringa) Galeri (Imej)Pokok Jering ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand. Pokok ini merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan selalunya tumbuh meliar di dalam hutan. Nama botaninya Pithecellobium Jiringa. Khasiat - Buah jering dimakan untuk merawat kencing manis. Daunya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit dan gatal-gatal. (sumber: wikipedia).