Buku  |  Majalah / Jurnal  |  Makalah  |  Akhbar  |  Kertas Kerja  |  Hasil Penyelidikan  |  Karyawan  |  Galeri (Imej)  |  Galeri (AV)
BilTajukKategori BahanKeterangan
   
    
Data pager
Data pager
Page size:
PageSizeComboBox
select
 Paparan Halaman 1 daripada 6, Rekod 1 Hingga 10 daripada 55.
1 Penternakan Udang Galah Galeri (Imej)Penternakan udang galah merupakan salah satu sektor akuakultur yang dilaksanakan di Desa Lestari, Ulu Legong, Baling. Projek ternakan udang galah dijalankan berdekatan dengan kawasan sumber air tawar dan bebas daripada pencemaran. Udang galah diternak dalam kolam tanah dan penternak perlu memastikan bekalan air mencukupi sepanjang tempoh ternakan.
2 Kolam Udang Galah Galeri (Imej)Bentuk kolam yang disyorkan adalah kolam empat segi tepat dengan kedalaman 1.2m. Penternak juga menggunakan kaedah pengudaraan dengan memastikan air sentiasa mengalir keluar dan masuk ke dalam kolam ini. Jangka masa ternakan ialah diantara 5-6 bulan (saiz hasil 25gm - 30gm seekor) untuk proses jualan kepada peraih. Penternakan udang galah juga turut menghadapi ancaman daripada rumput-rampai yang dikenali sebagai ?saghai? yang tumbuh secara meluas di dalam kolam.
3 Penternakan Lebah Kelulut Galeri (Imej)Kelulut atau lebah kelulut merupakan serangga kecil yang wujud dalam kawasan tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita. Walau bagaimanapun hanya dua jenis spesis lebah kelulut yang paling berpotensi untuk diternak secara komersial, iaitu Trigona thoracica (Berbadan agak besar dan sangat aktif) dan Trigona itama (berbadan kecil dan aktif). Penternakan Lebah Kelulut diusahakan secara komersial di Kampung Desa Lestari, Ulu Legong, Baling Kedah. Di sini penternakan Lebah Kelulut diusahakan menerusi Teknik Topping, iaitu kaedah menggunakan keratan batang kayu yang mengandungi koloni lebah kelulut dan diletakkan ?kotak madu? di bahagian atas keratan kayu itu. Lubang seluas 2 inci di tengah-tengah kotak membolehkan kelulut menyimpan madu dalam kantung yang dibina. Teknik ini lebih sesuai dilakukan untuk pengusaha baru kerana risiko kelulut meninggalkan koloni sangat rendah kerana koloni utama masih tinggal dalam batang kayu yang sama seperti keadaan semula jadi seperti di habitat asal.
4 Madu Galeri (Imej)Menikmati Madu Lebah Kelulut di Kampung Lestari, Ulu Legong, Baling, Kedah (peserta Kembara Bahasa 2015).
5 Sangkar Udang Galah Galeri (Imej)Sangkar Penternakan Udang Galah.
6 Teknik Topping Galeri (Imej)Penternakan Lebah Kelulut diusahakan menerusi Teknik Topping iaitu kaedah menggunakan keratan batang kayu yang mengandungi koloni lebah kelulut dan diletakkan "kotak madu" di bahagian atas kayu. Lebah akan menyimpan madu dalam kantung yang dibina.
7 Perikanan Laut Dalam Galeri (Imej)Kuala Kedah merupakan salah satu pusat perikanan penting di negeri Kedah yang terlibat dengan aktiviti perikanan laut dalam. Perikanan laut dalam merupakan satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan dalam dan biasanya jauh dari daratan. Penangkapan ikan laut dalam dilakukan antara 200 hingga 2000 meter di lautan lepas dan banyak menyasarkan hasil tangkapan ikan spesis seperti ikan Kerapu, Ikan Merah, Ikan Yu, Udang, Ketam dan sebagainya dengan menggunakan pukat tunda dan pukat harimau. Pada kebiasaannya kapal yang digunakan bersaiz besar dan mampu memuatkan lebih dari 70 tan hasil tangkapan pada satu-satu masa. Kapal ini juga dilengkapi dengan kemudahan teknologi tinggi seperti sistem sonar untuk mengesan kedudukan ikan di dasar laut. Nelayan yang terlibat dengan perikanan laut dalam biasanya akan berada di laut lepas untuk satu jangka masa yang panjang kira-kira 6 hari dan sehari untuk perjalanan pulang. Oleh sebab itu, kapal dilengkapi dengan kemudahan penyejukbekuan untuk memastikan hasil tangkapan dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang.
8 Pengisar Kayu Galeri (Imej)Pengisar Kayu - digunakan untuk mengasingkan kulit dan isi padi.
9 Mayang Pokok Kabung Galeri (Imej)Untuk mendapatkan air nira kabung, mayang perlu diketuk sebanyak 100 kali setiap hari selama seminggu dengan irama ketukan tertentu. Selepas itu barulah mayang dipotong sedikit demi sedikit untuk mendapatkan air niranya. (Pengusaha Gula Kabung Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang - Encik Abu Johar Sudin).
10 Nira Kabung Galeri (Imej)Nira Kabung akan ditadah menggunakan botol dan akan diambil sebanyak dua sehari iaitu sebelah pagi dan petang. (Pengusaha Gula Kabung Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang - Encik Abu Johar Sudin).